Monday, November 12, 2007

PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE PENANG COP BIKERS


Penang Cop Bikers pada mulanya diasaskan sekitar empat atau lima tahun yanglepas.Pada permulaan kelab ini hanya mengandungi beberapa orang bikers yang hanya berkumpul di hujung minggu dan sesekali 'ride' ke beberapa lokasi.Kelab ini majoritinya dianggotai oleh badan kerajaan,pekerja swasta dan ahli perniagaan di Pulau Pinang.Kesan daripada sambutan yang begitu menggalakan,kelab ini dibuka untuk semua bikers yang terdiri dari berbagai latarbelakang dan karier.Tanggal 29 September di bulan Ramadhan yang lalu,majlis berbuka puasa dan perlancaran kelab motosikal PENANG COP BIKERS telah berlangsung di Berjaya Georgtown Hotel Pulau Pinang.Bermula dari tarikh ini sebuah organisasi berjaya diwujudkan dengan kata sepakat ahli-ahli.

PENAUNG


En. Azri Hj.Ayub




PRESIDEN


En.Khalid Nordin



(NAIB PRESIDEN) ( SETIAUSAHA)

-En. Fauzi - -En.Rohaizad -


(BENDAHARI) (LEGAL ADVISOR)


-En.Anuar- - En.Munawar-


Berbagai aktiviti ride telah dijalankan dan mendapat sambutan yang baik sekali.Apa yang diutamakan ialah keselamatan kerana ia menjadi moto atau tema bagi kelab ini.Bagi yang penuh semangat berkobar-kobar untuk menjadi pelumba jalanan adalah di nasihatkan tidak menyertai kelab ini demi keselamatan rakan-rakan dan juga pengguna jalanraya yang lain.Keupayaan dan daya motor berkuasa besar sukar diperlekehkan dan ia memerlukan perhatian penuh apabila menunggang.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN KELAB





AKTIVITI RIDE.

RIDE KE CAMERON HIGHLAND







Disamping aktiviti ride ahli kelab juga mempunyai bakat terpendam yang agak menarik,tidak kira dari segi nyanyian atau tarian(dangdut tu!!!!).Pada malam jamuan yang diadakan pada 4/11/07 bertempat di hotel Berjaya bakat-bakat ini telah ditonjolkan dengan baik sekali.



SAKAN NI

YANG NI LAGI SAKAN



Apa yang diharapkan ialah kelab ini akan terus maju dan sukses dimana banyak lagi aktiviti yang dalam perancangan dan kerjasama dan sokongan dari semua ahli sangat-sangat dihargai.Jangan ada rasa irihati,berselisih faham dan lain-lain lagi anasir buruk yang boleh merosakan organisasi kelab.


TERIMAKASIH
















Sunday, November 11, 2007

JOM KITA RIDE(Trip ke LUMUT)

Sebelum kita ke paparan seterusnya menyaksikan aksi-aksi ride yang lalu ingin diingatkan disini tentang perkara yang penting yang jarang dipedulikan oleh kebanyakan bikers.Keselamatan semasa menunggang bukan sahaja terletak kepada kecekapan penunggang tetapi keadaan motosikal itu sendiri.Adakah ia selamat untuk ditunggang?Bagaimana brek anda berfungsi,minyak enjin,lampu brek dan adakah tayar anda selicin 'piring air panas'?Perjalanan yang jauh memerlukan pemeriksaan yang boleh dilakukan sendiri atau pun pergilah ke" klinik"
motor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.




NI KIRA DAH DEMAM


YANG NI DAH I.C.U

DOKTOR DOK CHECK PESAKIT

Bukannya apa kekadang kita ni cepat lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa tapi benda yang kita naik tu tak pernah lupa,cukup time ada-ada saja yang kena suap kalau lupa makin besarlah dia menelan $$$$.

Jom kita tengok ride ni.......