Tuesday, March 10, 2009

GLO TECH MOTORSPORT



Baru -baru ini satu majlis jamuan telah diadakan sempena meraikan pembukaan pusat servis baru iaitu GLO TECH MOTORSPORT di Taman Pauh Jaya.Para jemputan terdiri dari bikers dari berbagai kelab datang dari beberapa negeri bagi menyerikan lagi majlis pembukaan rasmi pusat servis terbaru ini.Empunya pusat servis iaiatu Encik Shahidan atau pun lebih dikenali sebagai (Pak Dan) di kalangan rakan-rakan tidak asing lagi dengan kepakaran mengendalikan servis dan juga baik pulih motosikal continental dan juga buatan Jepun.Tidak terhad kepada superbike beliau juga berkemahiran dalam baikpulih chopper dan juga dual-purpose.Kemahiran beliau dalam urusan baikpulih dan juga tuning telah dikenali sejak lam dahulu.



Lokasi yang terletak berhampiran lebuh raya Utara - Selatan mudah untuk bikers singgah bagi
mendapatkan perhidmatan servis.

Restoran dan juga kedai serbaneka yang berhampiran untuk kemudahan pelanggan tanpa bersusah payah bergerak jauh.






Pak Dan sedang berbual dengan tetamu yang hadir
pada majlis perasmian.









Sebahagian dari tetamu yang hadir.

Rakan -rakan bikers yang datang dari jauh dan dekat sempena meraikan pembukaan pusat servis baru.

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN DIATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.