Welcome to Penang. Bila bikers Buyau sampai pada 2/12/07 melalui BKE, kita sambut depa dengan nasi k......Nasi kandaq Nooooo, nasi kenduri! Ha ha ha, Bersama lebih kurang 20 motosikal menyambut ketibaan , kita berkonvoi ke Serdang makan kenduri seorang kawan. Perjalanan lancar bersambung pulak jalan kampung yang berbelok-belok.. Kona baring la, apalagi jalan berbukit.Dalam dok syok-syok layan kona salah sebuah motosikal goldwing dari group P.C.B kena electrik shock tapi alhamdulillah kebetulan "dr Lan" dapat mengatasi masalah dalam masa yang singkat.
Selesai makan kenduri kesemua bikers bertolak ke Pulau untuk bermalam sebelum bertolak pulang keesokan hari.Terima kasih kepada ahli Buyau Bikers kerana sudi meluangkan masa bersama-sama P.C.B walaupun dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment