Pada 27/11/2007,Penang Cop Bikers telah melakukan penjelajahan ke selatan tanahair dan mendapat sambutan yang menggalakan.Bertolak pada awal pagi dari Penang dan berkumpul di R&R Juru bagi melengkapkan ahli dari tanah besar sebelum bergerak beramai-ramai menuju destinasi.Kaum ibu juga tidak ketinggalan mengikuti ekspidisi ini dan "BRAVO" kerana tiada siapa yang demam atau "flat" walaupun sedikit keletihan.
Dalam perjalanan menuju ke Selatan kesemua bikers telah singgah sebentar di KL atau lebih tepat lagi di kedai Sunny Cycle untuk menukar rantai salah sebuah African Twin peserta.Salah sebuah motor lagi pancit tayar depan dan sementara menunggu proces pemasangan siap kesempatan yang terluang digunakan untuk relax dan ada juga yang sempat shopping.Tidak ketinggalan yang sempat melelapkan mata akibat keletihan.
Setibanya di Johor PCB telah disambut oleh bikers dari beberapa daerah di sekitarnya
dan dibawa meronda ke beberapa lokasi yang menarik.Tak cukup dengan naik motor PCB telah berkesempatan meronda dengan bot pelancong untuk menghirup udara segar selat Tebrau.Kepada bikers dari Johor yang bersusah payah menyambut kedatangan PCB ribuan terima kasih diucapkan dan kami mananti kedatangan anda ke PENANG(nasi kandag beb!)
No comments:
Post a Comment